cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Laporan Perkembangan Kerja Suci di Filipina

Pengenalan Ringkas Kawasan:

3 Wilayah - Utara, Tengah, dan Selatan. 14 buah gereja, 15 buah khemah doa, 7 orang pendeta, 2622 orang seiman.
Gereja Yesus Benar Filipina secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1984. Tahun ini ialah ulang tahun ke-40 penubuhan Gereja Yesus Benar di Filipina.

Tarikh: Januari hingga Jun 2024

Perkembangan Kerja Suci:

  • Penginjilan: Kebaktian penginjilan dalam dan luar gereja serta secara dalam talian telah diadakan untuk menyampaikan Injil kepada pencari injil. Terdapat juga usaha untuk memberitakan injil kepada masyarakat Cina di Manila.
  • Penggembalaan: Kursus Latihan Teologi Jangka Pendek Filipina telah diadakan dari 3 hingga 17 Jun 2024 setelah terhenti selama 5 tahun akibat Covid. Seramai 65 orang pelajar menyertai acara ini, dan 36 orang pelajar menerima Roh Kudus. Kelas untuk pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 telah dibuka. Pelajar Tahun 3 akan berkumpul pada tahun hadapan dan kelas akan dibuka.
    Kursus Latihan Guru Pendidikan Agama Filipina diadakan dari 19 hingga 25 Jun 2024 setelah terhenti selama bertahun-tahun akibat Covid dan sebab-sebab lain. Sebanyak 36 orang guru telah menamatkan kursus latihan ini dan akan menjadi guru Pendidikan Agama pada masa hadapan.
  • Di Manila terdapat kira-kira 20 orang seiman yang berbangsa Cina. Ahli-ahli ini berasal dari Taiwan, China, Malaysia, dan Taiwan. Usaha telah dilakukan untuk menggembalakan jemaat di sana. Setiap dua minggu, penjabat kudus dari Sabah akan ke Manila untuk menggembalakan jemaat di sana. Pada masa yang lain, khutbah di gereja tempatan akan diterjemahkan dari bahasa Tagalog ke bahasa Cina semasa kebaktian Sabat.
    Kebaktian Kesyukuran Ulang Tahun ke-40 Gereja Yesus Benar Filipina akan diadakan pada akhir tahun di gereja-gereja seluruh Filipina untuk merenungkan rahmat dan bimbingan Tuhan sepanjang 40 tahun yang lalu, serta berusaha agar Gereja Yesus Benar menjadi semakin maju dalam 40 tahun yang akan datang.

Cabaran yang Dihadapi dalam Kerja Suci:

  • Penginjilan: Filipina ialah negara majoriti Kristian. Namun, terdapat beberapa denominasi Kristian yang sudah lama dan kukuh di sana. Rakyat juga lebih berminat mementingkan pekerjaan untuk memenuhi keperluan harian mereka berbanding dengan mencari Kerajaan Syurga. Terdapat juga kekurangan pekerja Tuhan untuk menyebarkan Injil di negara yang begitu luas. Jarak di antara satu bandar ke bandar lain sangat jauh dan memerlukan kos yang tinggi.
  • Penggembalaan Jemaat: Filipina terdiri daripada kira-kira 7600 pulau, yang menjadikan perjalanan sangat sukar dan memerlukan kos yang tinggi. Disebabkan kekurangan wang dan pekerja Tuhan yang terlatih, banyak kerja suci tidak dapat dilaksanakan. Seiman-seiman juga bertaburan di seluruh negara untuk mencari kehidupan yang lebih baik, menjadikan usaha mencari dan melawat setiap ahli semakin mencabar.

Rancangan dan Matlamat Seterusnya:

  • Penginjilan: Menggunakan cara yang lebih sistematik dan berkesan untuk menyebarkan Injil.
  • Penggembalaan Jemaat: Meningkatkan kematangan Gereja Yesus Benar di Filipina dari segi kerohanian dan kewangan. Menyebarkan Injil ke lebih banyak bandar dan pekan di Filipina.


Maklumat/Cadangan: Minta seiman untuk MENYUMBANG DANA kepada Tabung Jawatankuasa Misi Filipina (PMC) melalui Akaun Bank GA Sabah. Semua dana akan digunakan untuk memajukan Injil dan menggembalakan jemaat di Filipina.

Disediakan oleh: Diaken Jason Teo

Scroll to Top