Kami bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya menjadikan acara ini sebagai salah satu aktiviti tahunan kami. Demi menyahut seruan hospital kerajaan untuk memberi sumbangan atau derma darah, pihak penganjur berhasrat untuk menggalakkan sumbangan darah secara sukarela. Pada masa yang sama, matlamat program seumpama ini ialah memupuk komunikasi dan interaksi dua hala antara sesama jemaat Kristus serta individu daripada pelbagai sektor. Program ini menekankan niat murni atau mulia untuk menyelamatkan nyawa dan memuliakan Tuhan sambil memberi manfaat kepada orang lain.
Pihak penganjur merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu penyayang, para penaja dan jemaat seiman yang menyediakan produk serta makanan, sekali gus memeriahkan program ini. Kami juga berterima kasih kepada penderma darah yang berjaya iaitu mereka yang menerima sijil dan cenderahati sebagai penghargaan. Ucapan terima kasih juga kami khususkan kepada para petugas perubatan dari Hospital Kent yang melaksanakan tugas mereka dan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.
Semoga segala kemuliaan, kehormatan dan pujian diberikan kepada Tuhan Yesus Kristus selama-lamanya.
Tarikh: 2 Jun 2024
Tempat: Gereja Elopura, Sandakan
Peserta: 82 orang individu penyayang dan seiman (jumlah penderma darah yang berjaya: enam puluh tiga)
Kandungan Aktiviti: Sumbangan darah dan penyediaan makanan ringan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para peserta.
Petugas Aktiviti: Jawatankuasa Pelayanan Belia dan Persahabatan Pertengahan Baya
