Melalui acara ini, para ibu bapa dan anak-anak dapat menikmati waktu yang penuh keceriaan bersama sambil mengeratkan hubungan antara saudara saudari dalam Kristus, serta menyemarakkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan. Kami bersyukur kepada Tuhan Yesus atas pemeliharaan-Nya, kerana Hari Keluarga Pendidikan Agama ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga Tuhan mengingat usaha semua tenaga pengajar, dan semoga segala yang kami lakukan dapat menyenangkan hati-Nya. Semoga segala kemuliaan, kehormatan, dan pujian diberikan kepada nama kudus Tuhan Yesus Kristus. Amin.
Tarikh: 16 Jun 2024
Tempat: Gereja Yesus Benar Elopura
Sasaran: Pelajar pendidikan agama dan ibu bapa mereka
Bilangan Kehadiran: Lebih 90 orang (termasuk 12 orang pencari Injil)
Kandungan Aktiviti: Pendaftaran, penggambaran keluarga, sarapan pagi, majlis pembukaan, aktiviti muzik bersama anak, aktiviti kraf, permainan luar, majlis penutupan, dan foto kumpulan.
Petugas: Diaken Kimham Ho dan Diaken Titus Yong, bersama semua guru pendidikan agama.




Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah, usahakanlah dirimu supaya sempurna. Terimalah segala nasihatku! Sehati sepikirlah kamu, dan hiduplah dalam damai sejahtera; maka Allah, sumber kasih dan damai sejahtera akan menyertai kamu! (2 Korintus 13:11)
