cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Program Kem Alkitab Unit Pendidikan Agama Subzon Tuaran Di Gereja Kudat

Program Kem Alkitab Unit Pendidikan Agama (UPA) Subzon Tuaran ini dilaksanakan untuk mencapai objektif iaitu mengasah kemahiran dalam pengurusan diri, kerja pelayanan dan pemberitaan Injil serta menjalin persahabatan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan disiplin diri seseorang, memupuk kesatuan dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru-guru serta melaksanakan pelayanan untuk pemberitaan Injil. Syukur kepada Tuhan, Program Kem Alkitab ini berjalan dengan baik dan lancar.  Para pelajar dan guru-guru mendapat motivasi melalui aktiviti yang dijalankan. UPA Subzon Tuaran berganding bahu dengan jemaat Gereja Kudat untuk menjayakan program ini.

Tarikh: 19 - 21 September 2024

Tempat: Gereja Kudat

Sasaran: Pelajar Menengah Rendah, Menengah Atas, Pengajian Tinggi dan Guru-guru UPA

Bilangan kehadiran: 120 orang murid dan 20 orang guru pengiring. (Pencari Injil: 19 orang)

Kandungan Aktiviti: Lawatan, persahabatan, perkhemahan , telematch dan kebaktian penginjilan melalui kidung.

Scroll to Top