cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Gereja Kota Kinabalu Menghulurkan Bantuan kepada Seiman yang Terjejas oleh Banjir Terburuk

Terdapat keperluan mendesak bagi gereja untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga jemaat  Gereja Yesus Benar Inanam yang terjejas akibat banjir pada 30 Jun 2024. Keluarga berkenaan  telah mendapat penghiburan daripada kemurahan hati, kasih sayang dan pengorbanan masa untuk menghulurkan bantuan oleh jemaat seiman yang lain sepanjang tempoh yang mencabar itu.


Tarikh Banjir: 30 Jun 2024

Kesan Banjir: Banyak barang berharga dan keperluan asas mereka telah rosak atau musnah.

Tindakan:

  • Belia gereja telah digerakkan untuk membantu membersihkan kotoran akibat banjir dan barang-barang yang rosak dari rumah keluarga yang terjejas;
  • Air minuman bersih dalam botol telah disediakan kerana timbul krisis bekalan air bersih;
  • Banyak jemaat seiman menyahut seruan Gereja Kota Kinabalu untuk menderma sumbangan seperti pakaian, barangan mandian dan perkakas dapur;
  • Sumbangan telah disusun mengikut kategori dan disampaikan kepada keluarga yang terjejas;
  • Lebihan daripada sumbangan tersebut disalurkan kepada seiman gereja lain yang memerlukan melalui pendeta atau diaken masing-masing.

Fasilitator: Diaken dan belia dari Gereja Kota Kinabalu

Air banjir merosakkan barangan seperti sofa dan katil
Belia gereja membantu membersihkan barangan yang rosak.

Membekalkan air minuman bersih.
Mendirikan semula pintu pagar yang tumbang
Scroll to Top