cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Kebaktian Khas Persahabatan Abadi Gereja Kota Kinabalu Tahun 2024

Kebaktian Khas Persahabatan Abadi tahun 2024 ialah satu acara tahunan yang penuh kehangatan. Kebaktian ini telah dihadiri oleh seratus dua puluh satu orang  warga emas dari gereja-gereja tempatan sekitar Kota Kinabalu. Kebaktian Khas Persahabatan Abadi  yang bermula sejak tahun 1970-an ini terus menjadi acara yang dihargai untuk  gereja menzahirkan kasih sayang dan penghargaan kepada jemaat warga emas. Lazimnya,, kumpulan memasak menyediakan jamuan yang lazat dilengkapi manisan dan hidangan pencuci mulut untuk memeriahkan sambutan ini.

Persahabatan ini juga menjadi peluang bagi warga emas untuk menghangatkan semula persahabatan lama dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan  komuniti gereja. Gereja Yesus Benar Kota Kinabalu berharap lebih ramai jemaat warga emas menyertai acara ini pada masa  akan datang.

Tarikh: 16 September 2024
Tempat: Gereja Yesus Benar Kota Kinabalu
Masa: 8:45 pagi - 1:30 petang
Jumlah Hadir: 121 orang warga emas (berusia lima puluh tahun ke atas)

Aktiviti:

  • Penatua Stephen Tham menyampaikan khutbah
  • Koir Dew mempersembahkan tiga buah kidung
  • Saudari Yeo Guek Hwa mengongsi kesaksian peribadi
  • Tayangan slaid dipersembahkan
  • Makan tengah hari disediakan
  • Hadiah diedarkan

Fasilitator:
Sebanyak enam puluh satu seiman, termasuk diaken dan diakenis, bekerjasama dalam pelbagai peranan seperti pendaftaran, pelayanan, pengurusan sistem AV, fotografi dan rakaman video, penyediaan makanan, sokongan multimedia, gubahan bunga, kawalan lalu lintas pembersihan dan lain-lain.

Scroll to Top