Objektif mesyuarat ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan AJK Zon, memupuk nilai saling mendorong serta berkongsi pengalaman dalam kerja pelayanan. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan mencapai resolusi yang memberangsangkan. Perkongsian dalam kalangan rakan sekerja menyuntik motivasi yang berharga dalam kerja pelayanan.
Tarikh: 25 Ogos 2024
Tempat: Bilik Mesyuarat Zon Pantai Barat
Sasaran: Semua AJK Zon Pantai Barat
Kandungan Aktiviti:
- Mengkaji dan mengesahkan minit mesyuarat
- Membentangkan laporan setiap unit AJK dan laporan dari setiap penguasa Subzon
- Membincangkan perkara-perkara yang berbangkit.

