cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Gereja Pangasaan — Lawatan Rombongan Penjabat Kudus

Syukur kepada Tuhan. Matlamat lawatan rombongan Penjabat Kudus kali ini adalah untuk memperdalam pemahaman mengenai penyebaran Injil Tuhan yang semakin pesat di Negeri Sabah. Selain daripada itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi galakan dan semangat kepada semua jemaat melalui perkongsian Injil. Dalam Tuhan kita sekeluarga. Kita harus mengingati kasih Tuhan yang tidak melihat warna kulit dan bangsa. Asalkan kita sujud dan berdoa, Bahasa Roh yang diucapkan adalah sama. Syukur atas pengaturan Tuhan yang sangat baik, kami berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan penjabat kudus, khususnya pendeta dari luar negara. Semoga segala kemuliaan diberikan kepada Tuhan. 

Tarikh: 21 Julai 2024 

Tempat: Gereja Yesus Benar, Pangasaan

Sasaran: Ahli Rombongan dan jemaat         

Bilangan Kehadiran: 20 orang (Termasuk pengiring & pemandu) dan 50 orang (jemaat termasuk kanak-kanak)

Tentatif program/aktiviti:

  1. Ketibaan pelawat disambut oleh kumpulan muzik 
  2. Kidung/Doa (Diaken Habel Kisus)
  3. Ucapan:
  • Penguasa Gereja Pangasaan (Diaken David Chong)
  • Wakil Rombongan (Penatua Joshua Phoong)
  1. Persahabatan Koir
  • Koir Kanak-Kanak
  • Koir Pangasaan
  • Koir Rombongan
  1. Kidung/Doa (Diaken Habel Kisus)
  2. Jamuan ringan


Petugas Kudus: Diaken Habel Kisus dan Diaken David Chong

Persembahan Koir Kanak-kanak
Persembahan kidung pujian daripada rombongan lawatan

Scroll to Top