Syukur kepada Tuhan Yesus Kristus kerana Gereja Pangasaan berpeluang untuk menganjurkan Kebaktian Penginjilan di Kampung Sukang . Walaupun cuaca pada hari tersebut kurang baik, namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan pelayanan dan menyebarkan Injil keselamatan serta anugerah Tuhan Yesus. Tuhan memberkati. Imanuel!
Tema: Anugerah Keselamatan Tuhan Yesus
Tarikh: 23 Jun 2024 (Ahad)
Tempat: Halaman rumah Saudara Avenis bin Elon, Kampung Sukang
Sasaran: Jemaat dan pencari injil
Bilangan Kehadiran: 53 orang (termasuk 3 pencari injil)
Kandungan Aktiviti: Nyanyian kidung dan doa, khutbah dan persembahan koir.
Dalam perkongsian injil, Pendeta Yunias Kindingan menyampaikan tiga topik iaitu
- Bagaimanakah kita diselamatkan ?
- Kepentingan Anugerah Keselamatan
- Bagaimanakah menerima Anugerah Keselamatan?.
Petugas Aktiviti: Pendeta Yunias Kindingan, Diaken David Chong, Diaken Habel Kisus, Saudara Joeachim Cammilus, Mini Koir Saudari, Mini Koir Saudara, dan Mini Koir Pangasaan.


