cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Persahabatan Saudari Tahun 2024

‘Memecahkan Buli-buli Pualam’ melambangkan pengorbanan nilai peribadi seseorang atau aspek kehidupan yang paling berharga dalam hidup seseorang untuk Tuhan Yesus seperti identiti, status, pengetahuan ataupun kekayaan. Mempersembahkan perkara-perkara yang paling berharga dalam hidup kepada Tuhan Yesus merupakan balasan kepada kasih-Nya, penghargaan yang tulus terhadap anugerah penebusan-Nya dan penghormatan yang mendalam kepada dia yang memberikan segala-galanya.. ‘Memecahkan buli-buli pualam’ juga bermaksud menyebarkan haruman rohani yang lahir dari jiwa yang murni. Oleh itu,  adalah perlu untuk merenungkan ‘adakah kehidupan kita mengeluarkan aroma yang harum?’. ‘Mempersembahkan segala-galanya’ bermakna kita mengakui bahawa semua harta merupakan pemberian daripada Tuhan Yesus dan kita rela atau bersedia untuk mempersembahkan segala-galanya tanpa ragu-ragu.  Memberi yang terbaik kepada Tuhan Yesus bukan sahaja membangun diri sendiri tetapi juga membangun gereja dan memberi manfaat kepada masyarakat serta pihak-pihak yang lain.

Tema: Memecahkan Buli-buli Pualam, Haruman Melimpah
Tarikh: 8 September 2024
Tempat: Gereja Yesus Benar Kolombong
Bilangan Kehadiran: 214 orang
Aktiviti: 

  • Khutbah
  • Persembahan Kidung
  • Kesaksian
  • Demonstrasi Minyak Pati
  • Nyanyian Bersama

Petugas Jabatan Kudus: Diakenis Tryphena Chui, Diakenis Jael Pan, Diakenis Elizabeth Wong, Diaken Joseph Yap

Scroll to Top