cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Kebaktian Menghormati Warga Emas dan Kebaktian Akhir Tahun Unit Pendidikan Agama Tahun 2024

Objektif:  

  1. Memupuk nilai  menghormati dan mengasihi warga emas dalam kalangan generasi muda
  2. Memastikan jemaat warga emas dapat menikmati kegembiraan sebagai satu keluarga dalam Tuhan.

Tarikh: 10 November 2024

Tempat: Gereja Elopura, Sandakan

Aktiviti:
Selepas menikmati sarapan pada pukul 8.00 pagi, jemaat berkumpul di aula gereja. Atur cara dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa, disusuli oleh persembahan murid-murid Unit Pendidikan Agama (Kelas Tadika, Kelas Darjah Bawah, Kelas Darjah Atas). Seterusnya, ada penyampaian khutbah  dan  diikuti dengan persembahan daripada Koir Remaja. 

Tayangan slaid yang memaparkan gambar Kebaktian Menghormati Warga Emas 2023 turut ditayangkan dan disusuli dengan persembahan kidung oleh warga emas. Selepas sesi perkongsian kesaksian, kumpulan orkestra membuat persembahan . Atur cara diakhiri dengan doa. Selepas sesi bergambar di dalam aula gereja, jemaat beralih ke dewan serba guna untuk menikmati makan tengah hari.

Pengajaran Rohani:
Amsal 20:29 Hiasan orang muda ialah kekuatannya, dan keindahan orang tua ialah uban.

Imamat 19:32 Engkau harus bangun berdiri di hadapan orang ubanan dan engkau harus menaruh hormat kepada orang yang tua dan engkau harus takut akan Allahmu; Akulah TUHAN.

Melalui aktiviti ini, semua jemaat berkumpul bersama-sama di dalam Rumah Tuhan. Generasi muda belajar untuk menghormati dan menjaga saudara saudari yang lebih tua serta generasi yang lebih tua menikmati kesukacitaan sekeluarga di dalam Tuhan. Semoga kita semua saling mengasihi dan saling mendorong di dalam Tuhan, takut akan Tuhan serta mengasihi sesama manusia sehingga Tuhan datang kembali.

Sasaran:
Saudara saudari warga emas, semua guru, murid dan ibu bapa, Unit Pendidikan Agama serta semua pemercaya.

Bilangan Kehadiran:
lebih daripada 150 orang.

Penjabat Kudus yang bertugas / Petugas Aktiviti:
Diaken Titus Yong, Pendeta Maleakhi Lee, AJK Pengelola Kebaktian Menghormati Warga Emas dan semua guru Unit Pendidikan Agama.

Scroll to Top