cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Subzon Bingkor – Malam Puji-pujian dan Perkongsian Firman Tuhan

Objektif

Menunjukkan kasih Tuhan secara nyata: Penginjilan melalui kidung dan perkongsian firman bertujuan untuk menunjukkan kasih Tuhan yang tanpa syarat. Ini membawa para pendengar, sama ada yang seiman mahupun bukan seiman, untuk bersama-sama merasakan kasih dan kebaikan Tuhan yang tanpa kita sedari hadir dalam hidup kita.

Tarikh : 2 November 2024

Tema : Diselamatkan Dalam Pengharapan

Tempat : Dewan Serba Guna Ken Hwa, Keningau

Aktiviti

  • Persembahan lagu-lagu pujian oleh ahli koir dari setiap subzon dan zon.
  • Perkongsian Firman Tuhan (khutbah).

Pengajaran Rohani

Menjelaskan pengharapan dalam iman. Pengharapan yang benar terletak pada hal-hal yang belum terlihat, mendorong kita untuk percaya pada janji Tuhan meskipun tidak melihat secara fizikal. Di samping itu, aktiviti ini mengajar kita kesabaran dalam iman dan pentingnya fokus pada masa depan yang lebih baik. Kita diingatkan untuk berharap pada hal yang tidak kelihatan dan percaya bahawa Tuhan bekerja dalam hidup kita, meskipun kita menghadapi banyak cabaran.

Sasaran

  • Sasaran utama adalah orang yang belum percaya kepada Tuhan (simbaptisan).
  • Orang yang sudah lama menyimpang ke arah jalan yang tidak benar.
  • Semua seiman.

Bilangan Kehadiran: 1,000 orang

Penjabat Kudus / Petugas Aktiviti:

  1. Penyelia: Pendeta Barnabas Gimbadong
  2. Penasihat: Penatua Joseph Matias
  3. Pengerusi: Pendeta Lazarus Gunchuab
  4. Setiausaha: Diaken Daniel Alai
  5. Hal Ehwal Am: Diaken Joel Yata, Saudara Jeppy Raimin
  6. Keceriaan/Kebersihan: Subzon Bingkor
  7. Multimedia: Diaken Henokh Biou Suyan, Saudara Francis Wong
  8. Penyelaras Pentas: Saudara Aaron Phay, Saudara Jeppy Raimin, Diaken Zenas Micheal
  9. Koir:
    • Subzon Bingkor: Saudara Eluidy Emanuel
    • Subzon Nabawan: Saudara Renga Laikim, Saudari Fennymah Binti Tanius
    • Subzon Kemabong: Diaken Stefanus Ansilok, Saudari Aljalmah Biou Suyan
    • Subzon Tenom: Saudari Abidah Indom (Puan Pendeta), Saudari Vina Wong
    • Zon Pedalaman: Saudari Hailin Yuam, Diaken Daniel Alai
Scroll to Top