cropped-logogyb

e-BERITA · GEREJA YESUS BENAR SABAH

真耶稣教会 · 沙巴总会电子会讯

SABAH TRUE JESUS CHURCH · e-NEWS

Bahasa Melayu
中文
English
Kebaktian Kebangunan Rohani Gereja Kolombong Tahun 2024

Mereka yang telah menerima anugerah daripada Tuhan Yesus sepatutnya terus memperjuangkan usaha penyempurnaan rohani. Bukan seperti yang dikatakan oleh sesetengah denominasi Kristian lain iaitu "sekali dibaptis, selamanya diselamatkan." Sebaliknya, pemercaya harus berusaha secara konsisten untuk menyempurnakan rohani demi mencapai keselamatan (rujukan Kolose 3:9-10). Roti kehidupan daripada Tuhan Yesus ialah kekuatan kita. Misteri sakramen ini tidak dapat disahkan oleh sains material. Hanya Tuhan Yesus yang mengetahui misteri ini. Kita hanya mampu percaya dengan iman kepada kata-kata Tuhan Yesus dalam Kitab Suci yang membolehkan kita menghasilkan buah-buah Roh Kudus (rujukan Yohanes 6:51).

Tema: Yesus Memanggil dengan Lembut

Tarikh: 25 hingga 28 Julai 2024
Tempat: Gereja Kolombong
Bilangan Kehadiran: 246 orang

Bilangan Penerima Sakramen Perjamuan Kudus: 246 orang
Bilangan Penerima Sakramen Baptisan: 6 orang
Bilangan Pencari Injil:

  • 25 Julai: 4 orang
  • 26 Julai: 13 orang
  • 27 Julai: 12 orang

Kandungan Aktiviti:

  • khutbah
  • khutbah Pendek
  • Kebaktian Penginjilan melalui Kidung
  • Memohon Roh Kudus

Petugas Jabatan Kudus: Diaken Joseph Yap, Diaken Alexander Yee, Diakenis Elizabeth Wong, Diakenis Jael Pan

"Kamu telah menanggalkan manusia lama serta kelakuannya, dan telah mengenakan manusia baru yang terus-menerus diperbaharui untuk memperoleh pengetahuan yang benar menurut gambar Khaliknya;" (Kolose 3:9-10)

Tuhan Yesus berkata, “Akulah roti hidup yang telah turun dari sorga. Jikalau seorang makan dari roti ini, ia akan hidup selama-lamanya, dan roti yang Kuberikan itu ialah daging-Ku, yang akan Kuberikan untuk hidup dunia.” (Yohanes 6:51)

Scroll to Top